Friday, 21 September 2012

TUGAS : ASKAR PEMERHATI

Assalamualaikum WBT…
Salam semuanya…

Kali ni ku nk kongsi cita pengalaman ku menjadi guru pengawas peperiksaan UPSR yg bru je ku jalani minggu lepas...agak berdrama ckit ya..hehe.  Pe pun sebelum ku teruskan, banyak2 trima kasih wat semua warga guru d SK BUKIT KINYAU terutama CIKGU SADIAH (PK) yang sudi menumpangkan ku spanjang 4 hari 3 malam d umahnya, melayan kerenahku, menjamu ku ngn pelbagai menu yg ku xnk rsa pun (sedap tau..) terima kasih manyak2.. TQ..

Drama ku ni ku reka sewaktu ku dok asyik menjalankan tugasku sebagai pengawas exam..haha sempat lagi ku wat drama ni lam kebosanan menanti anak murid yang seramai 11 orang tu selesai exam..hehe.  Mula tu ingat nk wat lam bntk sajak tp akhirnya d ubah jd coretan jiwa..hehe  Pe pun wish u all the best for Bukit Kinyau..


Saat ku menerima panggilan lantikan itu, hatiku diselebungi seribu satu tanda tanya...
Nun jauh di sudut pendalaman ku ditugaskan...sebagai askar pemerhati di medan perang, mengawasi saat perjuangan mereka mencari kejayaan..
SK Bukit Kinyau...Mendengar namanya sahaja cukup asing bagiku. 
Namun demi sekumit pengalaman ku gagahi jua..

Saat jajak kaki melangkah ke sini...hatiku terus terpaut.  Pandangan mata cukup indah membuai rasa.  Pohon hijaunya sayu melambai bayu.  Suara alamnya merdu menyanyi riang.  Mendamaikan aku dari segala ketidaktentuan.

Bahtera askar anak didiknya...
Cukup kecil dan molek.  Dibekalkan dengan keris ilmu warisan tok gurunya, dihantar berperang di medan pendidikan bagi menawan segunung kecemerlangan.  Hadiah buat diri, guru, dan sekolah tercinta.

Buat gurunya...
Hati mana yang tidak gundah.  Melihat perjuangan anak didiknya. 
Enam tahun ilmu pusaka diperturunkan..sebagai senjata dan perisai di medan perang.  Hanya doa yang mampu dititipkan, hanya harapan yang mampu ditiupkan...agar anak didiknya tidak tewas di sana.

Buat diriku...
Desa ini satu lubuk emas buatku.  Yang memberiku peluang mengutip sekumit pengalaman baru.  Dalam segala kedamaian.  Dalam segala keindahan.  Dalam segala riang tawanya.  Dalam segala kesyahduannya... 

Emas berharga yang ku kutip di sini akan ku jadikan permata dalam diari hidupku...

SK Bukit Kinyau, Sarikei

Jeti Bukit Kinyau

Calon UPSR SK Bukit Kinyau

Deretan Umah Guru

Restu Ibu Bapa & Guru

No comments:

Post a Comment