Assalamualaikum WBT…
Salam semuanya…
Kali ni ku nk kongsi cita pengalaman ku menjadi guru pengawas peperiksaan
UPSR yg bru je ku jalani minggu lepas...agak berdrama ckit ya..hehe. Pe pun sebelum ku teruskan, banyak2 trima
kasih wat semua warga guru d SK BUKIT KINYAU terutama CIKGU SADIAH (PK) yang
sudi menumpangkan ku spanjang 4 hari 3 malam d umahnya, melayan kerenahku, menjamu
ku ngn pelbagai menu yg ku xnk rsa pun (sedap tau..) terima kasih manyak2.. TQ..
Drama ku ni ku reka sewaktu ku dok asyik menjalankan tugasku sebagai
pengawas exam..haha sempat lagi ku wat drama ni lam kebosanan menanti anak
murid yang seramai 11 orang tu selesai exam..hehe. Mula tu ingat nk wat lam bntk sajak tp
akhirnya d ubah jd coretan jiwa..hehe Pe
pun wish u all the best for Bukit Kinyau..
Saat ku menerima panggilan lantikan itu, hatiku
diselebungi seribu satu tanda tanya...
Nun jauh di sudut pendalaman ku ditugaskan...sebagai
askar pemerhati di medan perang, mengawasi saat perjuangan mereka mencari
kejayaan..
SK Bukit Kinyau...Mendengar namanya sahaja cukup asing
bagiku.
Namun demi sekumit pengalaman ku gagahi jua..
Saat jajak kaki melangkah ke sini...hatiku terus
terpaut. Pandangan mata cukup indah
membuai rasa. Pohon hijaunya sayu
melambai bayu. Suara alamnya merdu
menyanyi riang. Mendamaikan aku dari
segala ketidaktentuan.
Bahtera askar anak didiknya...
Cukup kecil dan molek.
Dibekalkan dengan keris ilmu warisan tok gurunya, dihantar berperang di
medan pendidikan bagi menawan segunung kecemerlangan. Hadiah buat diri, guru, dan sekolah tercinta.
Buat gurunya...
Hati mana yang tidak gundah. Melihat perjuangan anak didiknya.
Enam tahun ilmu pusaka diperturunkan..sebagai senjata dan
perisai di medan perang. Hanya doa yang
mampu dititipkan, hanya harapan yang mampu ditiupkan...agar anak didiknya tidak
tewas di sana.
Buat diriku...
Desa ini satu lubuk emas buatku. Yang memberiku peluang mengutip sekumit
pengalaman baru. Dalam segala
kedamaian. Dalam segala keindahan. Dalam segala riang tawanya. Dalam segala kesyahduannya...
Emas berharga yang ku kutip di sini akan ku jadikan
permata dalam diari hidupku...
|
SK Bukit Kinyau, Sarikei |
|
Jeti Bukit Kinyau |
|
Calon UPSR SK Bukit Kinyau |
|
Deretan Umah Guru |
|
Restu Ibu Bapa & Guru |